Aktiviti rentas negeri, balik kampung akibatkan kadar kebolehjangkitan tinggi - Utusan Malaysia

Aktiviti rentas negeri, balik kampung akibatkan kadar kebolehjangkitan tinggi

AMINUDDIN Harun dalam sidang akhbar selepas mempengerusikan Mesyuarat Mingguan Exco di Wisma Negeri, Seremban hari ini. - UTUSAN/ZAKKINA WATI AHMAD TARMIZI.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Kadar kebolehjangkitan Covid-19 yang tinggi di Negeri Sembilan dipercayai ekoran rentas negeri termasuk kehadiran pelancong di beberapa lokasi tumpuan.

Menteri Besar, Datuk Seri Aminuddin Harun berkata, keadaan di negeri ini bagaimanapun masih lagi terkawal dan pihaknya memahami kebimbangan yang disuarakan oleh Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berhubung perkara itu.

“Saya difahamkan sejak kebenaran rentas negeri dibenarkan, ramai yang mengambil peluang pulang ke kampung menziarahi ahli keluarga dan sanak saudara selepas sekian lama tidak dapat berkumpul. 

“Bagaimanapun, saya belum melihat kenduri perkahwinan dalam skala yang besar dan semua masih dalam keadaan terkawal. Saya juga memahami kebimbangan oleh Ketua Pengarah Kesihatan,” katanya kepada pemberita dalam sidang akhbar selepas mempengerusikan Mesyuarat Mingguan Exco di Wisma Negeri di sini hari ini. 

Hari ini, media melaporkan, kadar kebolehjangkitan Covid-19 di Malaysia kekal 0.88 untuk empat hari berturut-turut dan sebanyak 10 negeri mencatatkan kadar kebolehjangkitan melebihi purata kebangsaan dengan Putrajaya dan Negeri Sembilan mencatatkan kadar kebolehjangkitan tertinggi dengan 1.03. – UTUSAN ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.