Ahmad Zahid berlepas ke Jerman jalani rawatan slip disc - Utusan Malaysia

Ahmad Zahid berlepas ke Jerman jalani rawatan slip disc

AHMAD ZAHID HAMIDI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi memaklumkan sudah berlepas ke Jerman, malam tadi untuk mendapatkan rawatan masalah slip disc yang dialaminya.

Perkara itu dikongsikan Ahli Parlimen Bagan Datuk itu di media sosial Facebook beliau, hari ini.

“Terima kasih kepada semua yang turut menghantar saya dan isteri di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) semalam.

“Doakan semoga urusan rawatan saya di Jerman akan dipermudahkan. Doakan juga saya selamat menjalani rawatan dan pulang ke tanah air,” katanya dalam hantaran itu.

Pada 11 Oktober lepas, Mahkamah Tinggi Shah Alam membenarkan permohonan Ahmad Zahid untuk mendapatkan semula pasportnya untuk ke luar negara.

Peguam yang mewakilinya, Datuk Ahmad Zaidi Zainal ketika ditemui memberitahu, Hakim Datuk Mohd. Yazid Mustafa membenarkan bekas Timbalan Perdana Menteri itu mendapatkan semula pasportnya yang ditahan susulan pendakwaan terhadapnya berhubung kes rasuah berkaitan projek Visa Luar Negara (VLN).

Bekas Menteri Dalam Negeri itu berhadapan 40 pertuduhan di Mahkamah Tinggi Shah Alam kerana menerima suapan berjumlah S$13.56 juta sebagai dorongan bagi dirinya sebagai Menteri Dalam Negeri melanjutkan kontrak sebuah syarikat sebagai pengendali Perkhidmatan One Stop Centre (OSC) di China dan Sistem VLN.

Perbuatan itu didakwa dilakukan di Seri Satria, Presint 16, Putrajaya dan di Country Heights, Kajang antara Oktober 2014 dan Mac 2018.

Bagi tujuh pertuduhan lain, beliau didakwa mendapat untuk dirinya suatu benda berharga iaitu wang tunai S$1,150,000; RM3,000,000; 15,000 euro dan AS$15,000 tanpa balasan daripada syarikat sama yang mempunyai hubungan dengan kerja rasmi beliau.

Ahmad Zahid didakwa melakukan kesalahan itu di Country Heights, antara Jun 2015 dan Oktober 2017.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya