9 ditahan kes culik lelaki warga Myanmar  - Utusan Malaysia

9 ditahan kes culik lelaki warga Myanmar 

MOHD. Shuhaily Mohd. Zain ketika sidang akhbar di Ibu pejabat Polis Kontinjen Pulau Pinang. - UTUSAN/IQBAL HAMDAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GEORGETOWN: Seramai sembilan suspek termasuk seorang wanita ditahan bagi membantu siasatan berhubung kejadian seorang lelaki warga Myanmar diculik dalam kejadian di depan sebuah kilang Micron, Batu Kawan, dekat sini Isnin lalu.

Ketua Polis negeri, Datuk Mohd. Shuhaily Mohd. Zain berkata, tujuh lelaki Myanmar bersama seorang lelaki dan seorang wanita tempatan berusia 21 hingga 48 ditahan dalam beberapa serbuan di negeri ini serta Kedah sejak Isnin lalu sehingga semalam.

Katanya, polis menerima laporan daripada seorang wanita tempatan memaklumkan pekerjanya yang merupakan lelaki Myanmar berusia 26 tahun dilarikan dua lelaki menggunakan sebuah kereta Perodua Viva di depan kilang tersebut pukul 10.43 malam, Isnin lalu.

“Susulan laporan tersebut, polis menjalankan siasatan dan berjaya menyelamatkan mangsa di sebuah rumah Kampung Sungai Layar, Sungai Petani, Kedah.

“Kami menjalankan beberapa serbuan sebelum menahan sembilan suspek di sekitar Kedah serta Pulau Pinang,” katanya dalam sidang akhbar di Ibu pejabat Polis Kontinjen (IPK), Pulau Pinang, di sini hari ini.

Menurut beliau, polis turut merampas kereta Perodua Viva dan wang tunai sebanyak RM3,000 yang dipercayai dibayar oleh keluarga mangsa kepada kumpulan berkenaan bagi membebaskan lelaki tersebut.

“Tujuh lelaki warga Myanmar mempunyai kad Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR) yang sah dan kesemua mereka ditahan direman sehingga 31 Oktober ini bagi membantu siasatan menurut Seksyen 3 Akta Culik 1961,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya