88.8 peratus, rentas negeri semakin hampir - Utusan Malaysia

88.8 peratus, rentas negeri semakin hampir

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kadar vaksinasi Covid-19 populasi dewasa semalam merekodkan 88.8 peratus telah lengkap menerima vaksin dan menunjukan tinggal 1.2 peratus untuk mencapai sasaran 90 peratus.

Peratusan itu sekali gus menunjukkan kelonggaran rentas negeri semakin hampir apabila kerajaan sebelum ini berhasrat untuk membenarkannya jika menepati sasaran 90 peratus.

Menurut laman CovidNow, sebanyak 20,786,568 atau 88.8 peratus rakyat berumur 18 tahun ke atas telah lengkap menerima vaksin Covid-19 manakala 94.6 peratus sekurang-kurangnya satu dos.

Sebelum ini Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan, kelonggaran rentas negeri dibenarkan apabila negara mencapai 90 peratus kadar vaksinasi dewasa berdasarkan data dan analisis dibuat Kementerian Kesihatan.

Perkara berkenaan diputuskan Mesyuarat Jawatankuasa Khas Pengurusan Pandemik yang dipengerusikan Perdana Menteri pada 22 September lalu.

Semalam Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin menyaran orang ramai yang ingin pulang ke kampung halaman selepas rentas negeri dibenarkan, menjalani ujian kit ujian kendiri Covid-19 RTK air liur bagi memastikan mereka selamat daripada virus itu sebelum bertemu ibu bapa.

Kata beliau, mereka yang terdedah kepada penularan digalakkan untuk berbuat demikian secara berkala. – UTUSAN ONLINE 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN