78 kematian dilaporkan, 17 kes BID - Utusan Malaysia

78 kematian dilaporkan, 17 kes BID

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Malaysia semalam mencatatkan penurunan jumlah kematian yang dilaporkan iaitu 78 kes berbanding kelmarin, 96 kes.

Rekod terbabit adalah setakat pukul 8 pagi ini berdasarkan maklumat dikemas kini melalui laman web, https://covidnow.moh.gov.my.

Jumlah kematian itu menjadikan keseluruhan kes terkini sebanyak 28,312 kes.

Bagi kes kematian yang dibawa ke hospital (BID) sebanyak 17 daripada 78 kes dengan jumlah keseluruhan sebanyak 5,718 kes.

Sebanyak 643 kes memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) manakala 320 pesakit memerlukan Alat Bantuan Pernafasan (ABP) manakala pesakit yang perlu ditempatkan di wad adalah seramai 1,395 orang.

Utusan Online semalam melaporkan Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, Malaysia mencatatkan sedikit peningkatan kes positif Covid-19 iaitu 6,630 kes berbanding semalam, 6,210 kes sekali gus terus diatasi 7,630 kes sembuh.

“Selain itu, sebanyak 653 kes Unit Rawatan Rapi (ICU) dan 322 kes memerlukan Alat Bantuan Pernafasan (ABP).

“Tempat kerja merekodkan pertambahan enam daripada 12 kluster Covid-19, manakala tiga kluster pendidikan lain, dua kluster komuniti dan satu kluster keagamaan,” katanya. – UTUSAN ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya