73 dikompaun  RM415,000 selepas berhibur - Utusan Malaysia

73 dikompaun  RM415,000 selepas berhibur

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Sebanyak RM415,000 kompaun dikenakan terhadap 73 pengunjung dan pengurus premis hiburan di Jalan Ampang, dekat sini dikenakan tindakan kompaun selepas didapati melanggar produser operasi standard (SOP) dalam serbuan, malam tadi.

Serbuan kira-kira pukul 12.30 tengah malam itu dijalankan Bahagian Siasatan Jenayah Kongsi Gelap, Judi dan Maksiat (D7) Ibu pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur. 

Ketua Jabatan Siasatan Jenayahnya, Senior Asisten Komisioner Saiful Annuar Yusoff berkata, dalam serbuan itu, pihaknya turut menahan enam wanita warga asing disyaki gadis pelayan (GRO) dan seorang lelaki yang bekerja sebagai pengurus premis. 

Katanya, kompaun dikeluarkan terhadap 53 pengunjung lelaki dan 20 pengunjung wanita berusia antara 20 tahun hingga 37 tahun.

“Kompaun dikenakan mengikut Peraturan 17(1) Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah di dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) (Pelan Pemulihan Negara) 2021.

“Pengurus premis direman sehari manakala kesemua tangkapan warga asing direman 14 hari untuk disiasat mengikut Peraturan 39(b) Peraturan-peraturan Imigresen 1963 dan Seksyen 55B Akta Imigresen,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Dalam pada itu, Saiful Annuar turut memberi amaran agar orang ramai tidak terlibat dengan kegiatan yang melanggar undang-undang. 

Ujarnya, Polis Kuala Lumpur juga tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana orang yang melanggar undang-undang. 

“Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat atau pertanyaan boleh menyalurkannya kepada pihak polis dengan cara menghubungi Hotline Polis Kuala Lumpur di talian 03-2146 0584 / 585 atau mana-mana balai yang berhampiran,” katanya.- UTUSAN ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.