656 kluster aktif, semakin menurun - Utusan Malaysia

656 kluster aktif, semakin menurun

NOOR HISHAM ABDULLAH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Tempat kerja terus merekodkan pertambahan sembilan daripada 15 kluster Covid-19 hari ini, dengan Johor menjadi penyumbang terbanyak. 

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, selain itu, komuniti serta pendidikan lain, masing-masing dua kluster manakala keagamaan dan kumpulan berisiko tinggi, masing-masing satu kluster. 

Katanya, tempat kerja melibatkan empat di Johor, dua di Selangor manakala Kelantan, Sarawak dan Kuala Lumpur, masing-masing satu kluster. 

“Komuniti pula melibatkan dua kluster di Perak manakala pendidikan lain, Kuala Lumpur dan Negeri Sembilan, masing-masing satu kluster serta satu kluster keagamaan di Melaka dan satu kluster kumpulan berisiko tinggi di Johor. 

“Jumlah terbabit menjadikan keseluruhan kluster aktif sebanyak 656 kluster manakala 5,031 kluster yang telah tamat,” katanya dalam satu kenyataan hari ini. 

 Noor Hisham berkata, Malaysia mencatatkan penurunan kes positif Covid-19 iaitu 5,434 kes berbanding semalam, 6,145 kes sekali gus terus diatasi 8,435 kes sembuh manakala 682 kes Unit Rawatan Rapi (ICU) dan 357 kes memerlukan Alat Bantuan Pernafasan (ABP).

“Daripada 5,434 kes harian yang dilaporkan pada hari ini, sebanyak 151 kes (2.8 peratus) adalah kategori tiga, empat dan lima. 

“Bakinya, 5,283 kes (97.2 peratus) lagi adalah terdiri daripada kategori satu dan dua,” katanya.  – UTUSAN ONLINE 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya