5,000 pekerja agensi pelancongan terkesan terima bantuan one-off

5,000 pekerja agensi pelancongan terkesan terima bantuan one-off

AHMAD Marzuk Shaary (tengah) menyerahkan replika cek kepada Sheikh Awadh Sheikh Abdullah (dua dari kanan) di Kompleks Islam Putrajaya, hari ini. Turut sama, Mohd Daud Bakar (dua dari kiri) dan Ahmad Talmizi Yahaya. - FOTO/FAISOL MUSTAFA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Kerajaan menyalurkan bantuan one-off berjumlah RM2.5 juta kepada 5,000 pekerja agensi pelancongan yang terkesan dengan pandemik Covid-19.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Haji Ahmad Marzuk Shaary berkata, menerusi bantuan ini, sebanyak RM500.00 one-off yang akan disalurkan kepada 5,000 orang pekerja agensi pelancongan yang menetap di Wilayah Persekutuan.

“Pandemik Covid-19 memberi tamparan hebat kepada persekitaran ekonomi dunia, ia turut mempengaruhi salah satu pendapatan ekonomi global iaitu industri pelancongan.

Menurutnya, kebanyakan negara telah menguatkuasakan sekatan perjalanan bagi mengekang penyebaran wabak yang mengakibatkan perjalanan ke seluruh dunia ditutup sepenuhnya.

“Hal ini telah mengakibatkan kehilangan punca pendapatan ekoran aktiviti perniagaan yang tidak boleh dijalankan serta pembatalan tempahan produk pelancongan.

Ini memberi kesan kepada pekerja agensi pelancongan sehingga ada di antara mereka ditamatkan perkhidmatan bagi mengurangkan kos operasi syarikat,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada media selepas majlis penyerahan replika cek bantuan one-off kepada Pengerusi Persatuan Ejen-Ejen Pelancongan dan Pengembaraan Malaysia (MATTA) Cawangan Kuala Lumpur, Sheikh Awadh Sheikh Abdullah di pejabatnya, hari ini.

Hadir sama, Pengerusi Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) Datuk Dr. Mohd Daud Bakar dan Pemangku Ketua Eksekutif MAIWP, Mohd Nizam Yahya dan Pengurus Baitulmal, Ahmad Talmizi Yahaya.

Ahmad Marzuk berkata, sehingga kini MAIWP telah mengagihkan sebanyak RM112.57 juta menerusi Program MAIWP Prihatin – Kasih Asnaf 3.0.

“Program inisiatif ini dilaksanakan MAIWP laksanakan sepanjang tempoh pandemik bagi membantu masyarakat terutamanya asnaf dan golongan B40 yang terjejas.

“Ini adalah sebagai satu inisiatif daripada MAIWP sebagai agensi yang memainkan peranan penting bagi menzahirkan semangat kebersamaan di antara semua agensi kerajaan termasuk badan kebajikan/gabungan yang menjaga kebajikan ahli yang terjejas pendapatan,” jelasnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya