43 individu leka berhibur di pusat hiburan dikompaun - Utusan Malaysia

43 individu leka berhibur di pusat hiburan dikompaun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Sebanyak 43 individu yang leka berhibur di sebuah pusat hiburan di ibu kota terbantut selepas mereka dikenakan kompaun berjumlah RM235,000 tengah malam tadi.

Kompaun itu dikeluarkan Polis Kuala Lumpur selepas mereka didapati melanggar prosedur operasi standard (SOP) Pelan Pemulihan Negara (PPN).

Ketua Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (JPJKK), Senior Asisten Komisioner Datuk Azman Ayob berkata, hasil pemeriksaan dilakukan mendapati, premis itu beroperasi semasa tempoh PPN.

Kompaun berjumlah RM235,000 dikeluarkan kepada 43 individu membabitkan 27 lelaki dan 16 wanita yang berada di pusat hiburan berkenaan.

“Selain itu, kami turut mengeluarkan kompaun berjumlah RM25,000 terhadap pemilik premis berkenaan atas kesalahan menjalankan aktiviti terlarang di dalam pub dan kelab malam.

“Tindakan kompaun itu diambil mengikut Peraturan 17 Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit PPN 4 2021,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Azman berkata, 43 pengunjung berkenaan turut diarahkan menjalani ujian saringan air kencing dan kesemua mereka didapati negatif dadah.

“Kami berjaya merampas pelbagai jenis minuman keras sebanyak 441 botol dianggarkan bernilai RM220,500 atas kesalahan mengikut Seksyen 76 Akta Eksais 1967 serta rampasan boleh dilucuthak di bawah Akta Kastam 1967.

“Operasi ini akan dipertingkatkan dari semasa ke semasa dalam merealisasikan usaha kerajaan menghentikan penularan wabak Covid-19 di negara ini,” katanya. jelasnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN