3,015 kompaun dikeluarkan ingkar SOP sepanjang PPN - Utusan Malaysia

3,015 kompaun dikeluarkan ingkar SOP sepanjang PPN

AYOB Khan Mydin Pitchay (berdiri, dua kanan) bermesra dengan pengunjung di RNR Machap di Kluang, Johor.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KLUANG: Sebanyak 3,015 kompaun dikeluarkan pihak berkuasa di negeri ini atas kesalahan ingkar terhadap pematuhan prosedur operasi standard (SOP) Covid-19 melalui Pelan Pemulihan Negara (PPN) sehingga Khamis lalu.

Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, kompaun berkenaan dikenakan melalui tiga fasa iaitu masing-masing sebanyak 1,876; 327 dan 812 kes sejak Fasa 1.

“Pemeriksaan terhadap individu yang berada di kawasan tumpuan seperti di pusa beli-belah seramai 8,838 orang, taman rekreasi (4,400), tapak permainan (1,910), tempat perkelahan (1,598) dan tapak perkhemahan (51).

“Daripada jumlah berkenaan seramai 8,665 individu telah diberikan nasihat manakala 41 daripadanya telah dikenakan  kompaun atas kegagalan mengikut SOP ditetapkan.

“Jumlah kompaun adalah berbeza-beza namun pelanggaran SOP di pusat hiburan akan dikenakan kompaun yang maksimum,” katanya ketika melawat Kawasan Rehat dan Rawat (RNR) Machap Lebuhraya Utara Selatan di sini hari ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya