261 kes varian yang membimbangkan dikesan - Utusan Malaysia

261 kes varian yang membimbangkan dikesan

DR. NOOR HISHAM ABDULLAH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Sebanyak 261 kes baharu melibatkan varian yang membimbangkan (VOC) dikesan terdiri daripada 259 kes varian Delta (B.1.617.2) dan dua kes varian Beta (B.1.351) menerusi kajian dijalankan secara berterusan pada 20 Oktober hingga hari ini.

Kajian tersebut dijalankan Institute for Medical Research (IMR), Faculty of Medicine (FOM-UM), Integrative Pharmacogenomics Institute (iPROMISE-UiTM), Malaysia Genome Institute (MGI), dan Tropical Infectious Diseases Research & Education Centre (TIDREC-UM).

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, ia dikesan di Selangor (73), Pulau Pinang (33), Kedah (29), Perak (26), Kelantan (24), Terengganu (19), Sabah (18), Johor (15), Pahang (11), Kuala Lumpur (6), Perlis (3), Labuan (3) dan Putrajaya (1).

“Daripada jumlah tersebut, FOM-UM mengenal pasti 72 kes varian Delta (B.1.617.2), IMR pula dengan 55 kes varian Delta (B.1.617.2) manakala iPROMISE-UiTM melibatkan 46 kes varian Delta (B.1.617.2).

“MGI mengenal pasti 46 kes iaitu 45 kes varian Delta (B.1.617.2) dan satu kes varian Beta (B.1.351), manakala TIDREC-UM telah mengesan sebanyak 42 kes iaitu 41 kes varian Delta (B.1.617.2) dan satu kes varian Beta (B.1.351),” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata, angka tersebut menjadikan jumlah kumulatif kes dijangkiti oleh virus SARS-CoV-2 dikategorikan sebagai VOC dan varian dengan berkepentingan (VOI) adalah sebanyak 2,645 kes.

“Daripada jumlah tersebut, 2,625 kes adalah VOC dan 20 kes VOI.

“Secara keseluruhan, sehingga kini bagi VOC terdapat sebanyak 2,385 kes varian Delta, 226 kes varian Beta dan 14 kes varian Alpha manakala bagi kes VOI, sebanyak 13 kes varian Theta empat  kes varian Kappa dan tiga kes varian Eta,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya