253,953 individu layak terima dos penggalak di Sabah - Utusan Malaysia

253,953 individu layak terima dos penggalak di Sabah

HAJIJI Noor menerima dos penggalak sambil diperhatikan oleh Pengarah Kesihatan Negeri Sabah, Datuk Dr. Rose Nani Mudin (kiri)
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA KINABALU: Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor menjadi individu pertama dalam jemaah Kabinet Negeri Sabah mengambil dos penggalak, di sini hari ini.

Hajiji berkata, seramai 253,953 orang individu yang terdiri daripada petugas barisan hadapan, warga emas dan golongan berisiko layak menerima dos penggalak di Sabah.

Beliau berkata, pemberian dos penggalak ini terbahagi kepada dua peringkat iaitu peringkat pertama membabitkan seramai 60,000 petugas barisan hadapan termasuklah antaranya petugas kesihatan dan bukan petugas kesihatan.

“Pemberian dos penggalak bagi kumpulan pertama bermula hari ini sehingga 20 November manakala peringkat kedua yang akan bermula 2 November melibatkan warga emas berusia 60 tahun ke atas serta golongan berisiko tinggi.

“Peringkat kedua ini membabitkan seramai 193,953 orang penerima yang layak,” katanya semasa melancarkan pemberian dos penggalak di bawah Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK).

Menurut beliau, dos penggalak ini diberi secara percuma menerusi PICK dan ia akan diperluaskan kepada individu yang secara sukarela ingin mengambil dos penggalak dengan syarat mereka mesti lengkap divaksin atau pemberian dos kedua sudah lebih enam bulan.

Pada masa ini, Kementerian Kesihatan memberi keutamaan pemberian vaksin ini kepada penerima vaksin Pfizer-BioNTeach atau Comirnaty.

Hajiji berkata, walaupun pengambilan dos penggalak ini cuma pilihan namun, ia sangat digalakkan bagi memastikan penerimanya mendapat perlindungan optimum.

Mengulas lanjut katanya, individu yang layak menerima dos penggalak akan dimaklumkan melalui aplikasi MySejahtera manakala, bagi mereka yang tiada MySejahtera akan dimaklumkan melalui Pusat Pemberian Vaksin (PPV) menerusi sistem khidmat pesanan ringkas (SMS) atau panggilan telefon.

Dalam pada itu, Hajiji turut mengingatkan rakyat di negeri ini agar lebih berwaspada dan sentiasa mematuhi prosedur operasi standard (SOP) berikutan kebenaran pergerakan rentas daerah dan rentas negeri serta pembukaan lebih banyak sektor ekonomi.

Setakat 18 Oktober, seramai 70.8 peratus penduduk dewasa Sabah meneruma vaksin lengkap manakala, 319,707 atau 73.67 peratus remaja berusia 12 tahun ke atas menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Seramai 218,367 orang atau 50.31 peratus remaja berusia 12 hingga 17 tahun telah menerima vaksin lengkap.- UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya