Kakitangan KKM cedera kenderaan pacuan empat roda terbabas - Utusan Malaysia

Kakitangan KKM cedera kenderaan pacuan empat roda terbabas

ANGGOTA bomba memberi rawatan awal kepada kakitangan KKM yang cedera setelah kenderaan dipandunya terbabas di Jalan Jelapang-Taman Meru, Ipoh, Perak, hari ini. - IHSAN JBPM PERAK
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Seorang kakitangan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) cedera setelah kenderaan pacuan empat roda dipandunya terbabas di Jalan Jelapang-Taman Meru Perdana, di sini hari ini.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak berkata, sepasukan enam anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Meru Raya dihantar ke lokasi kejadian selepas menerima maklumat pada pukul 7.29 pagi.

Katanya, setibanya anggota di lokasi, didapati sebuah kenderaan pacuan empat roda milik KKM  terbabas masuk ke dalam parit di bahu jalan.

“Terdapat seorang lelaki tersepit namun mangsa berusia 42 tahun yang cedera telah dikeluarkan orang awam.

“Berdasarkan maklumat awal, mangsa dalam perjalanan dari rumahnya di Chemor ke tempat kerja di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB),” katanya di sini hari ini.

Menurutnya, mangsa diberikan rawatan awal oleh Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (ERMS) sebelum dihantar ke HRPB untuk rawatan lanjut. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN