2,000 polis Pulau Pinang siap siaga terima pelancong hujung minggu ini  - Utusan Malaysia

2,000 polis Pulau Pinang siap siaga terima pelancong hujung minggu ini 

FISOL Salleh pada majlis penyerahan kereta peronda pelbagai guna Proton X70 kepada PDRM Pulau Pinang sumbangan Inari Amerton Berhad di Batu Kawan.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BATU KAWAN: Kira-kira 2,000 anggota polis bersiap sedia menantikan kehadiran seramai 50,000 pelancong domestik yang dijangka mengunjungi negeri ini bermula esok.

Timbalan Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Fisol Salleh berkata, kesemua anggota akan dibahagikan kepada 150 pasukan untuk memantau lokasi tumpuan di kelima-lima daerah.

Katanya, pihaknya memfokuskan lokasi-lokasi utama yang menjadi tumpuan pelancong seperti pantai, tempat perkelahan, taman burung dan restoran.

“Anggota bertugas akan memberi fokus kepada operasi ‘snap check‘ bagi memastikan setiap individu mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan.

“Polis pelancong turut ditugaskan untuk mengawal dan memantau kawasan popular terutamanya di daerah Timur Laut dan Barat Daya.

“Selain itu pasukan trafik turut bersedia di laluan utama bermula malam ini bagi memastikan aliran kemasukan kenderaan ke pulau lancar,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau berkata demikian selepas menghadiri Majlis Penyerahan Kereta Peronda Pelbagai Guna Proton X70 kepada PDRM Pulau Pinang sumbangan Inari Amerton Berhad di sini hari ini.

Mengulas lanjut katanya, beliau berharap setiap individu akan mematuhi SOP memandangkan tiada lagi sekatan jalan raya untuk mengawal pergerakan rentas negeri.

“Kelonggaran ini diberikan kepada semua individu yang sudah lengkap dua dos vaksin dan manfaatkan sebaiknya peluang ini dengan menjaga penjarakan fizikal dan patuhi peraturan.

“Bagi individu yang belum vaksin, tidak perlulah rentas,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN