fbpx

20 GRO WhatsApp, Telegram ditahan Imigresen

ANTARA GRO yang ditahan imigresen dalam satu serbuan di sebuah premis di Kepong, Kuala Lumpur. - FOTO IMIGRESEN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Seramai 16 pelayan pelanggan (GRO) warga asing yang menjadikan aplikasi WhatsApp dan Telegram sebagai saluran penawaran khidmat haram terbabit ditahan dalam satu serbuan di Kepong, Kuala Lumpur, Khamis lalu.

Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Khairul Dzaimee Daud berkata, semua GRO itu berusia antara 22 hingga 35 tahun terdiri daripada 13 wanita warga Vietnam dan tiga wanita warga Thailand, manakala turut ditahan, dua lelaki tempatan yang merupakan pekerja premis serta lima pelanggan tempatan dikenakan notis hadir memberi keterangan.

Katanya, operasi dijalankan ke atas dua lot premis rumah kedai dua tingkat yang menyaksikan pintu masuk utama tidak mempunyai papan tanda dan hanya dibuka separuh sahaja untuk pelanggan tetap, manakala satu lot lagi menggunakan papan tanda Pusat Mencuci Kenderaan bagi tujuan mengaburi pihak berkuasa.

“Hasil risikan, kegiatan tidak bermoral itu bermula dari pukul 4 petang sehingga 12 tengah malam dalam tempoh Pelan Pemulihan Negara (PPN) dengan premis direka seolah-olah tidak dikunjungi, tetapi suasana di dalam premis mempunyai pelbagai hiburan berserta GRO.

“Serbuan yang dilakukan Bahagian Operasi, Siasatan dan Pendakwaan Ibu Pejabat Imigresen (JIM) pada pukul 9.30 malam dengan kekuatan seramai 20 pegawai menahan semua GRO dan pelanggan yang gagal melarikan diri selepas kesemua jalan keluar dari premis tersebut dikepung,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Khairul Dzaimee berkata, susulan serbuan itu, pihaknya mematahkan kegiatan sindiket yang cuba mengaburi mata pihak berkuasa dengan dua buah premis pusat hiburan berselindung di sebalik pusat mencuci kenderaan.

“Pemeriksaan lanjut mendapati, pelbagai kesalahan dikenal pasti iaitu tiada dokumen pengenalan diri, tinggal lebih masa dan beberapa kesalahan yang melanggar Akta Imigresen.

“Kesemua tahanan yang disiasat mengikut Akta Pemerdagangan Orang dan Anti Penyeludupan Migran (ATIPSOM), Akta Imigresen 1959/63, Akta Pasport 1966 dan Peraturan-Peraturan Imigresen 1963 akan ditempatkan di Depot Tahanan Imigresen Semenyih, Selangor,” katanya.

POPULAR

KOSMO! TERKINI