2 lagi lokaliti di Pahang tamat PKPD - Utusan Malaysia

2 lagi lokaliti di Pahang tamat PKPD

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Setelah 14 hari, dua lagi lokaliti di Pahang bakal ditamatkan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) secara serentak pada esok seperti yang dijadualkan.

Ketua Pengarah Majlis Keselamatan Negara (MKN), Datuk Rodzi Md. Saad berkata, kedua-dua lokaliti itu terletak dalam Daerah Lipis dan dikenakan PKPD sejak 2 Oktober.

Menurut beliau, antaranya ialah kawasan Ladang Felda Kechau 9, Mukim Kechau yang sudah pun merekodkan lebih 30 kes positif Covid-19 termasuk 10 penduduk bukan warganegara.

Kes jangkitan tempatan itu dipercayai daripada seorang bukan warganegara hasil saringan kontak rapat pada 20 September, serta merebak ke kawasan jiran di Felda Kechau 1 dan 6.

Turut berakhir PKPD ialah Taman Teratai dalam Mukim Budu yang dilaksanakan PKPD susulan tujuh kes dikesan daripada saringan bergejala kontak rapat pada 25 September lalu.

Beliau turut memaklumkan tiada lokaliti baharu diwartakan PKPD atau lokaliti sedia ada yang akan dilanjutkan lagi tempoh sekatan berkenaan buat hari kedua berturut-turut.|

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya