1,797 individu terima rawatan kesihatan mental di Terengganu - Utusan Malaysia

1,797 individu terima rawatan kesihatan mental di Terengganu

KOMPLEKS Psikiatri Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) di Kuala Terengganu, hari ini. - PUQTRA HAIRRY ROSLI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU: Seramai 1,797 individu mendaftar dan mendapatkan rawatan kesihatan mental di negeri ini sepanjang sembilan bulan pertama tahun ini.

Pengarah Kesihatan negeri, Datuk Dr. Kasemani Embong berkata, berbanding tahun lalu jumlah pesakit yang direkodkan di kedua-dua Pusat Kesihatan Mental Masyarakat (Mentari) di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) di sini dan Wakaf Tapai, Marang itu ialah seramai 2,144 orang .

 

 

KASEMANI EMBONG

Katanya, kes pesakit kemurungan dan keresahan dikesan lebih tinggi kini berbanding tempoh 10 tahun sebelumnya yang didominasi oleh kes skizofrenia dan bipolar.

Isu kesihatan mental kini menjadi pandemik senyap dalam masyarakat berikutan pelbagai faktor termasuk kehilangan pekerjaan, pengangguran, perceraian, keganasan rumah tangga, penderaan dan lain-lain.

“Pesakit yang mengalami masalah kesihatan mental sering kali berdepan diskriminasi, stigma, diketepikan dalam semua aspek, malah turut dianiaya secara fizikal dan emosi,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan sambutan Hari Kesihatan Mental Sedunia peringkat negeri di Kompleks Psikiatri HSNZ hari ini.

Sementara itu, Kasemani berkata, tema sambutan pada tahun ini yang memfokuskan kepada kesamarataan dan akses terhadap kesihatan mental tanpa sempadan sekali gus dapat memastikan pesakit dan keluarga hidup dengan penuh bermaruah di samping memiliki hak yang sama dalam masyarakat

Katanya, antara inisiatif yang digerakkan pihaknya dalam mengukuhkan perkhidmatan sokongan kesihatan mental dan psikososial termasuk menerusi talian bantuan di samping penempatan pegawai psikologi kaunseling di peringkat daerah dan klinik kesihatan.

Selain itu, menurutnya, pasukan kesihatan mental dan sokongan psikososial (MHPSS) di semua klinik dan hospital turut menawarkan perkhidmatan sokongan emosi kepada mana-mana individu yang terkesan akibat akibat pandemik Covid-19 dan krisis. -UTUSAN ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.