1.5 juta pengunjung ke Terengganu hingga akhir tahun - Utusan Malaysia

1.5 juta pengunjung ke Terengganu hingga akhir tahun

ARIFFIN Deraman (kiri) mencuba tengkolok yang dipamerkan di gerai jualan di Kalang Warisan di Kuala Terengganu hari ini. - PUQTRA HAIRRY ROSLI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU: Terengganu menyasarkan kemasukan seramai 1.5 juta pengunjung hingga akhir tahun ini susulan kebenaran merentas negeri.

Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan Kebudayaan dan Teknologi Digital negeri, Ariffin Deraman berkata, sasaran itu boleh dicapai berdasarkan keterujaan masyarakat untuk melancong selain kepulangan anak perantau ke kampung halaman.

“Kita optimis pelancong akan berpusu-pusu ke Terengganu dan saya difahamkan tempahan hotel serta resort sudah mula mencatatkan peningkatan sejak pengumuman kebenaran rentas negeri.

“Saya harap tempahan hotel akan penuh sama seperti situasi pada tahun lalu apabila kita menerima jumlah pengunjung di luar jangkaan,” katanya dalam sidang akhbar selepas program mengindahkan produk pelancongan berasaskan komuniti di Kalang Warisan di sini hari ini.

Menurut Ariffin, walaupun musim tengkujuh hampir tiba, namun pengunjung masih berpeluang ke pulau-pulau peranginan kerana ada segelitirnya yang masih beroperasi dalam tempoh tersebut.

Katanya, selain pulau peranginan, pelbagai destinasi lain boleh dilawati orang ramai termasuk di Tasik Kenyir di samping Taman Tamadun Islam (TTI), jambatan angkat (drawbridge) di samping Kampung Budaya. -UTTUSAN ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN