Warga tempatan Pulau Pinang boleh 'walk in' ambil vaksin bermula esok

Warga tempatan Pulau Pinang boleh ‘walk in’ ambil vaksin bermula esok

CHOW KON YEOW
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GEORGETOWN: Warga tempatan Pulau Pinang yang belum menerima suntikan vaksin boleh mendapatkan suntikan itu secara walk in di 10 buah pusat pemberian vaksin (PPV) di negeri itu bermula pukul 10 pagi esok. 

Ketua Menteri, Chow Kon Yeow berkata, 10 buah PPV itu masing-masing adalah di SPICE Arena, Bayan Baru; Tapak Pesta Sungai Nibong, Kompleks Sukan Balik Pulau, Pusat Konvensyen Perda, Dewan Millenium, SP Arena, Tapak Ekspo Seberang Jaya, Vangohh Eminent, Dewan Sungai Bakap dan Dewan Serbaguna Jawi. 

Jelas beliau, suntikan vaksin secara walk in itu disediakan berdasarkan siapa yang hadir terlebih dahulu (first come first served) selain perlu mematuhi beberapa kriteria yang ditetapkan. 

Antara kriteria itu tambahnya, mesti merupakan warganegara Malaysia berumur 18 tahun dan ke atas dan perlu membawa MyKad bagi tujuan pengesahan. 

“Selain itu, pemberian suntikan vaksin secara walk in ini juga khusus kepada mereka yang belum berdaftar atau belum terima janji temu MySejahtera. 

“Mereka juga perlu mengemas kini MySejahtera sebelum ke PPV selain memastikan tidak bergejala, bukan kontak rapat dan bukan dalam tempoh kuarantin,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini. 

Dalam perkembangan berkaitan, Kon Yeow berkata, Jabatan Kesihatan Negeri Pulau Pinang (JKNPP) telah memberi komitmen untuk menambah baik pengurusan masa tindak balas dari pusat panggilan bagi memantau pesakit Covid-19 atau kontak rapat yang menjalani kuarantin kendiri di rumah. 

Jelasnya, ia melibatkan penambahbaikan tempoh masa tindak balas dari pusat panggilan antara 24 hingga 48 jam mengikut kategori pesakit sama ada berisiko tinggi atau rendah. 

Selain itu jelasnya, kerajaan negeri turut mengambil inisiatif dalam meningkatkan pengurusan kes positif Covid-19 antaranya pengoperasian Pusat Panggilan Pusat Penilaian Covid-19 (CAC) yang beroperasi pukul 8 pagi hingga 10 malam setiap hari di talian Hotline 04- 3827143/04 dan 04-3827142. 

“Pre Hospital Care di bawah Pusat Kawalan Bersepadu Covid-19 Pulau Pinang juga telah ditambah baik dengan perkhidmatan panggilan 999 Covid-19 beserta penyediaan kemudahan pengangkutan untuk menghantar pesakit ke hospital atau Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 Berisiko Rendah (PKRC),” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN