Warga asing di Lembah Klang boleh ke PPV CIDB bermula Isnin ini

Warga asing di Lembah Klang boleh ke PPV CIDB bermula Isnin ini

GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Semua pekerja warga asing semua sektor di Lembah Klang yang belum menerima suntikan vaksin Covid-19 boleh mendapatkannya secara janji temu atau ‘walk-in’ di Pusat Pemberian Vaksin Pusat Konvensyen CIDB, Jalan Cheras, Kuala Lumpur (PPV CIDB), bermula Isnin ini. 

Pasukan Petugas Khas Imunisasi COVID-19 (CITF) dalam satu kenyataan menyebut, ketetapan baharu sebagai kesinambungan kepada usaha pemvaksinan warga asing yang bekerja di Lembah Klang di bawah seliaan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) selari dengan penumpuan kepada usaha mop-up atau mencari golongan tercicir yang masih belum menerima suntikan vaksin Covid-19. 

Katanya, program ini dilaksanakan pada 27 September ini sehingga 6 Oktober depan bermula jam 9 pagi hingga 6 petang. 

“Semua warga asing digalakkan untuk mendaftarkan nama mereka secara atas talian di laman sesawang https://vaccine.cidblink.com/ untuk mendapatkan janji temu dan mempercepatkan proses pendaftaran apabila hadir di PPV CIDB nanti dengan pendaftaran boleh dilakukan secara individu atau melalui majikan.

“Setelah pendaftaran dan pembayaran secara atas talian dibuat melibatkan RM90 seorang bagi dua dos suntikan sebelum mereka diberikan janji temu melalui emel atau sistem pesanan ringkas (SMS). Bagaimanapun, bagi peserta yang mahu ke PPV CIDB secara walk-in, pembayaran boleh dibuat di lokasi tetapi tertakluk kepada kekosongan pada hari itu,” katanya, hari ini. 

Kenyataan itu menyebut, majikan yang menghantar lebih daripada 10 orang pekerja dalam satu hari perlu menghantar wakil syarikat untuk menguruskan pekerja mereka di PPV CIDB. 

Katanya, majikan juga bertanggungjawab memastikan mereka memahami segala proses dan borang yang perlu diisi di PPV seperti borang kebenaran digital untuk memudahkan proses vaksinasi.

“Kapasiti harian PPV adalah sebanyak 2,000 orang sehari manakala walk-in juga adalah berdasarkan kaedah siapa dahulu bergantung kepada kapasiti bekalan vaksin harian di PPV CIDB.

“Pemberian vaksinasi adalah tertakluk kepada terma dan syarat Kementerian Kesihatan (KKM) dan prosedur operasi standard (SOP) PPV CIDB yang mana setiap warga asing perlu membawa dokumen yang berkaitan seperti pasport atau sebarang dokumen pengenalan diri (bercetak) beserta telefon pintar dan bukti yang menunjukkan mereka bekerja di Lembah Klang,” katanya. 

Sebarang pertanyaan boleh hubungi Pasukan Sekretariat Vaksinasi di talian 03-40428880/+6011-35491795 atau e-emel ke [email protected]. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya