Wanita didakwa curi tabung masjid dibantu - Utusan Malaysia

Wanita didakwa curi tabung masjid dibantu

RINA Harun (kanan) beramah mesra dan menghulurkan bantuan kepada warga emas, Senapi Abu dan isterinya, Zaimah Mamugrejo ketika menyantuni mangsa banjir lumpur akibat kepala air Gunung Jerai di Jalan Masjid Yan, Yan, Kedah, hari ini. - UTUSAN/JAMLIAH ABDULLAH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

YAN: Tukang cuci sambilan yang berdepan tuduhan mencuri tabung masjid di Padang Besar, Perlis pada 2 September lalu sudah menerima bantuan sebagai membela nasibnya.

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rina Harun berkata, pihaknya menganggap masalah wanita berkenaan sudah selesai setelah dijamin keluar semalam oleh pemimpin Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Perlis.

“Masalah (wanita) itu sudah selesai. Saya kira masalah sosial seperti ini ada di mana-mana sahaja. Inilah yang kita jalankan, orang susah kita bantu dan bagi pertolongan,” katanya selepas menyantuni keluarga mangsa tragedi kepala air Gunung Jerai di Jalan Masjid Yan, Yan dekat sini hari ini.

Menurut Rina, kerajaan sentiasa peka dengan keperluan semua golongan penduduk terutama yang ditimpa masalah dan musibah.

“Warga kementerian terus bagi khidmat kepada negara bukan sahaja dari segi kewangan tetapi dari segi emosi terganggu dan banyak jenis bantuan,” katanya.

Pada 2 September lalu, seorang wanita didakwa di mahkamah atas pertuduhan mencuri tabung di Masjid Padang Pauh, Padang Besar.

Tertuduh, Nor Amira Roslan, 28, mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Majistret, Kamaliza Md. Zain.

Mengikut kertas pertuduhan, tertuduh didakwa mencuri tabung di Masjid Sirajuddin di Padang Pauh dengan wang bernilai RM40 yang berada di dalam tabung tersebut kira-kira pukul 8.45 malam pada Sabtu lalu. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN