[VIDEO] Sejam bantu tahan lelaki kurang siuman bawa sabit tengah jalan - Utusan Malaysia

[VIDEO] Sejam bantu tahan lelaki kurang siuman bawa sabit tengah jalan

ANGGOTA bomba mengambil masa kira-kira sejam untuk mengawal dan membantu pihak polis menahan seorang lelaki dipercayai kurang siuman yang berjalan sambil memegang sebilah sabit di Jalan Ketitir, Bukit Gambir, Pulau Pinang.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GEORGETOWN: Pasukan bomba mengambil masa kira-kira sejam untuk mengawal dan membantu pihak polis menahan seorang lelaki dipercayai kurang siuman yang berjalan sambil memegang sebilah sabit di Jalan Ketitir, Bukit Gambir di sini pagi tadi.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri, Saadon Mokhtar berkata, pihaknya menerima panggilan bantuan ancaman orang kurang siuman daripada pasukan polis pada pukul 10.52 pagi dan tiba ke lokasi kejadian kurang 10 minit kemudian.

SEORANG lelaki kurang siuman membawa sabit di Jalan Ketitir. – VIDEO/MEDIA SOSIAL

Menurutnya, bantuan menyelamat melibatkan seramai lapan keanggotaan termasuk penyelia dari Balai Bomba dan Penyelamat Jalan Perak.

“Sebaik sahaja pasukan bomba tiba di lokasi kejadian mendapati seorang lelaki kurang siuman memegang sabit dan bertindak agresif di kawasan kebun.

“Operasi menenangkan lelaki tersebut turut dibantu pasukan polis dengan masa diambil kira-kira sejam.

“Lelaki itu akhirnya ditangkap pasukan polis pada pukul 11.55 pagi dalam keadaan selamat dan operasi tamat sepenuhnya pada pukul 12 tengah hari tadi,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Terdahulu, video kejadian seorang lelaki dalam keadaan hanya berseluar senting tanpa baju berjalan sambil memegang sebilah sabit dan kayu di tengah Jalan Ketitir, Bukit Gambir di sini tular di dalam media sosial hari ini.

Video berdurasi 38 saat yang dirakam pengguna jalan raya itu kelihatan beberapa anggota bomba sedang membantu menenangkan lelaki tersebut.

Difahamkan, tiada sebarang kecederaan melibatkan pengguna jalan raya yang melalui kawasan berkenaan. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya