Agong terima ratusan surat rintihan duka daripada rakyat - Utusan Malaysia

Agong terima ratusan surat rintihan duka daripada rakyat

AL-SULTAN ABDULLAH RI’AYATUDDIN AL-MUSTAFA BILLAH SHAH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR : Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menasihatkan semua wakil rakyat supaya tidak sama sekali meletakkan masa depan negara dan rakyat sebagai taruhan dalam percaturan untuk mencapai agenda tertentu.

Seri Paduka menyeru kepada semua ahli Parlimen untuk mengembalikan fokus kepada usaha memerangi pandemik Covid-19 serta membawa sinar kepada rakyat dan tanah air ini.

Al-Sultan Abdullah bertitah bahawa Seri Paduka menerima ratusan pucuk surat daripada rakyat yang merintih penuh duka dengan seribu harapan agar sinar perubahan dapat dikecapi segera bagi meneruskan kehidupan seharian seperti biasa.

“Setahun lebih setahun berlalu, negara masih belum bebas sepenuhnya daripada pandemik Covid-19. Negara dan rakyat Beta telah terlalu lama dibelenggu dengan masa hadapan yang kelam, bergelut dengan isu kesihatan dan juga kemurungan ekonomi.

“Terlalu ramai rakyat Beta yang terkesan dengan penularan pandemik ini. Terlalu ramai juga rakyat Beta yang telah kehilangan sumber rezeki,” titah Seri Paduka dalam Istiadat Pembukaan Penggal Keempat Majlis Parlimen Ke-14 2021 hari ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN