UMT lancar Modul Pengurusan Pemuliharaan Penyu - Utusan Malaysia

UMT lancar Modul Pengurusan Pemuliharaan Penyu

MODUL Pengurusan Pemuliharaan Penyu yang dilancarkan Universiti Malaysia Terengganu (UMT) secara dalam talian hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA NERUS: Universiti Malaysia Terengganu (UMT) hari ini melancarkan Modul Pengurusan Pemuliharaan Penyu dalam usaha mengekalkan kelestarian pemuliharaan haiwan itu di negara ini.

Naib Canselornya, Prof. Dr. Mazlan Abd. Ghaffar berkata, modul itu mengandungi garis panduan pengurusan mengenai pendaratan dan persarangan penyu bagi meningkatkan kefahaman orang awam mengenai hidupan marin itu.

“Modul latihan yang terbahagi kepada jurulatih dan sukarelawan ini diharap dapat dijadikan rujukan di semua pusat konservasi dan santuari penyu termasuk agensi pelancongan di seluruh Malaysia.

“Pembangunan modul ini seiring dengan hasrat kerajaan untuk menggalakkan perkongsian aset menerusi Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS),” katanya ketika melancarkan modul berkenaan secara dalam talian hari ini.

Sementara itu, Ketua Makmal Penyelidikan Luar, Institut Oseanografi dan Sekitaran, Universiti Malaysia Terengganu (UMT), Dr. Mohd. Uzair Rusli berkata, pembangunan modul sukarelawan  sudah diguna pakai di Pusat Penyelidikan UMT sejak 1998 lagi dan sedia untuk dikembangkan ke seluruh negeri melalui program sukarelawan berbayar.

Katanya, menerusi inisiatif berkonsepkan pendidikan pelancongan atau edutourism itu, UMT bakal merintis produk pelancongan berasaskan konservasi penyu. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya