Tunku Mahkota Johor watak penting perkasa golongan belia - Utusan Malaysia

Tunku Mahkota Johor watak penting perkasa golongan belia

TUNKU ISMAIL SULTAN IBRAHIM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim merupakan watak penting dalam membangun dan memperkasakan golongan belia di Johor. 

Presiden Ikatan Anak Mersing, Muahmmad Syukri Ibrahim berkata, sejak dahulu lagi, Tunku Ismail sentiasa menggalakkan golongan belia untuk aktif dalam semua aspek termasuk aktiviti kemasyarakatan atau bidang sukan.

“Antara usaha besar Tunku Ismail perkasakan pembangunan golongan belia adalah dengan menubuhkan Tunku Mahkota Ismail Youth Centre (TMIYC) dan Southern Volunteers.

“Terbaharu, Tunku Ismail mengumumkan bahawa TMICY yang seterusnya akan dibina di Kluang dan Iskandar Puteri. Lebih menggembirakan, cadangan untuk Gimnasium Rakyat telah diluluskan dan akan ditempatkan di TMIYC Iskandar Puteri.

“Kesungguhan yang diperlihatkan Tunku Ismail jelas menunjukkan baginda sentiasa bersedia untuk melakukan perubahan dan paling utama memastikan perubahan tersebut membawa manfaat dan faedah kepada golongan belia di Johor,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

TMIYC merupakan idea dan visi Tunku Ismail sendiri untuk memperkasa pembangunan golongan belia dengan pembinaan Youth Centre di setiap daerah di Johor.

Sasaran utama baginda adalah untuk melihat golongan belia di negeri itu menikmati pelbagai kemudahan seperti padang bola sepak sintetik, gelanggang sukan ekstrem, hab e-sukan, gelanggang futsal dan asrama untuk penginapan pengunjung.

“Kesemua ini sudah tentu akan membuka banyak ruang yang membolehkan golongan belia di Johor terutamanya untuk mencungkil bakat demi perkembangan diri dan memupuk semangat kekitaan semasa mereka,” kata Muhammad Syukri.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN