Tun M cadang ujian saringan di pintu masuk Langkawi - Utusan Malaysia

Tun M cadang ujian saringan di pintu masuk Langkawi

Langkawi kini menjadi tumpuan pelancong selepas dibuka pada 16 September lalu.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA : Ahli Parlimen Langkawi, Tun Dr Mahathir Mohamad mengesyorkan supaya  mewajibkan ujian saringan Covid-19 di pintu masuk ke Pulau Langkawi sebagai langkah berjaga-jaga penularan virus tersebut.

DR. MAHATHIR MOHAMAD

Dr. Mahathir berkata demikian dalam ciapan akaun Twitter beliau dengan merujuk kenyataan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Seri Nancy Shukri bahawa tidak diwajibkan ke atas individu untuk menjalani ujian calitan bagi memasuki pulau tersebut.

“Langkawi dibuka untuk pelancong. Tetapi saya fikir ujian saringan wajib semasa tiba di pintu masuk masih diperlukan sebagai langkah berjaga-jaga,” kata Dr. Mahathir.

Semalam, Nancy memaklumkan Saringan Covid-19 untuk kunjungi Langkawi tidak diwajibkan.

Sebelum ini,  kerajaan bersetuju membuka sektor pelancongan di beberapa destinasi di bawah program gelembung perjalanan dalam masa terdekat, dengan Langkawi dipilih sebagai projek rintis bermula 16 September ini. – UTUSAN ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya