Titi DJ lega berjaya divaksin - Utusan Malaysia

Titi DJ lega berjaya divaksin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA: Selepas lama menanti, penyanyi, Titi DJ menarik nafas lega apabila berjaya mendapatkan suntikan pertama vaksin Covid-19.

Penyanyi lagu Sang Dewi ini juga turut gembira apabila adiknya dan anaknya, Daffa juga selesai menerima suntikan berkenaan.

“290921, Alhamdulillah, akhirnya kami vaksin! Tadi pagi aku, anakku @daffabedamned dan adikku @agung.i.perkasa melakukan vaksin pertama kami!” tulisnya di Instagram.

Empunya nama sebenar Titi Dwi Jayati ini pada masa yang sama menjelaskan asbab kelewatan mendapatkan suntikan itu.

Katanya dia perlu mendapatkan nasihat doktor terlebih dahulu sebelum disuntik vaksin Covid-19.

“Kenapa baru sekarang? Kerana kami bertiga mengalami autoimun, jadi kami perlu mendapatkan nasihat doktor terlebih dahulu bagi mengesahkan sama ada kami layak atau pun tidak.

“Dan setelah diperiksa oleh doktor beberapa minggu yang lalu, Alhamdulillah kami boleh dan layak divaksin. Lalu kami terus melakukan pendaftaran,” tambahnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya