Terima kasih petugas SJR - PM - Utusan Malaysia

Terima kasih petugas SJR – PM

- GAMBAR HIASAN/UTUSAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob merakamkan penghargaan kepada semua petugas yang terlibat dalam membantu operasi sekatan jalan raya (SJR) di seluruh negara.

Perdana Menteri berkata, penghargaan turut dizahirkan buat anggota SJR yang masih beroperasi di seluruh negara.

“Penghargaan terima kasih kepada kesemua anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM), Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) dan pihak-pihak lain yang telah membantu operasi SJR di Lembah Klang. 

“Penghargaan turut dizahirkan buat anggota SJR yang masih beroperasi di seluruh negara. Pengorbanan dan jasa semua amatlah dihargai oleh saya dan rakyat Malaysia.Terima kasih barisan hadapan Keluarga Malaysia,” katanya dalam akaun Twitter beliau hari ini.

Sebelum ini, Perdana Menteri mengumumkan bahawa kerajaan bersetuju bahawa Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya dibenarkan peralihan Fasa 2 Pelan Pemulihan Negara (PPN) berkuat kuasa hari ini ini.

Beliau berkata, peralihan fasa itu sekali gus membolehkan tiga negeri itu dibenarkan rentas negeri dan tiada lagi sekatan jalan raya. – UTUSAN ONLINE 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN