Negeri Terengganu rekod kes harian tertinggi Covid-19

Terengganu rekod kes harian tertinggi Covid-19

DR. KASEMANI EMBONG
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU: Sebanyak 987 kes jangkitan baharu harian Covid-19 direkodkan di Terengganu semalam sekali gus menjadi yang paling tinggi sejak pandemik itu melanda.

Pengarah Kesihatan negeri, Datuk Dr. Kasemani Embong berkata, jumlah tertinggi dicatatkan di daerah ini dengan 266 kes diikuti diikuti Marang (171 kes), Besut (166 kes), Kemaman (117 kes), Kuala Nerus (100 kes), Dungun (86 kes), Hulu Terengganu (42 kes) dan Setiu (39 kes).

Katanya, peningkatan itu susulan saringan besar-besaran kontak rapat dan pengesanan kes aktif bersasar di beberapa lokaliti di seluruh negeri.

“Saringan sama turut dilakukan dalam kalangan orang kena tahan (OKT) di penjara, pekerja tapak binaan, individu merentas negeri di samping mereka yang terlibat aktiviti perkumpulan.

“Sehubungan itu, kita menjangkakan peningkatan kes akan terus berlaku dalam masa dua minggu akan datang,” katanya dalam hantaran menerusi laman Facebook hari ini.

Terdahulu, kes harian Covid-19 tertinggi pernah direkodkan di Terengganu ialah 883 kes pada 31 Julai lalu. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN