Tambah baik pelan sedia ada hadapi gelombang berulang Covid-19 

Tambah baik pelan sedia ada hadapi gelombang berulang Covid-19 

MUHAMAD YUSOFF MOHD. NOOR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GEORGETOWN: Pulau Pinang dilihat masih belum bersedia untuk berdepan dengan gelombang Covid-19 yang dijangka boleh berulang dengan kadar jangkitan kes positif yang lebih tinggi. 

Sehubungan itu, Ketua Pembangkang Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang, Datuk Muhamad Yusoff Mohd. Noor menyarankan kerajaan negeri menilai serta menambah baik pelan-pelan pada masa ini untuk memastikan semua pihak lebih bersedia serta organisasi sedia ada lebih tersusun dalam menghadapi wabak Covid-19. 

Muhamad Yusoff (UMNO-Sungai Dua) berkata, walaupun sudah dibuat pelbagai pelan dan sebagainya, namun kerajaan negeri serta Kementerian Kesihatan tidak boleh menafikan wujudnya kelemahan dan kekurangan yang perlu diakui serta diperbaiki. 

“Antara kelemahan ialah kita tidak cukup bersedia dengan pelan sedia ada dalam hadapi wabak Covid-19 yang berulang. 

“Ini seperti bencana banjir, sebelum ini berulang kali kita hadapi, namun bila berlaku banjir kita ‘jem’ (buntu), sana sini masih kurang walaupun pelbagai pelan telah ada, begitu juga dengan situasi Covid-19,” katanya dalam sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) di sini hari ini. 

Menurut beliau, antara rungutan yang kerap diterima daripada rakyat adalah mengenai prosedur melibatkan kontak rapat pesakit Covid-19 yang tidak memakai gelang pada masa ini. 

“Kontak-kontak rapat ini tidak memakai gelang jadi mereka yang tidak betul-betul memahami keperluan untuk menjalani kuarantin kendiri akan bebas bergerak. 

“Perkara ini menakutkan rakyat dan mereka merungut kerana kontak rapat yang mungkin menjadi pembawa wabak ini bebas bergerak tanpa pengawasan. 

“Jadi ini antara kelemahan dari segi prosedur yang perlu dinilai serta ditambah baik semula oleh pihak berkuasa,” katanya. 

Tambah Muhamad Yusoff, selain itu terdapat kekurangan tenaga sukarelawan terutama membabitkan pengurusan jenazah yang meninggal dunia akibat Covid-19. 

“Tenaga sukarelawan hanya ramai di Pusat Pemberian Vaksin (PPV), namun apabila berlaku kematian melibatkan Covid-19 kita kekurangan tenaga sukarelawan. 

“Perkara ini perlu dilihat semula oleh pihak berkuasa agama negeri memandangkan agensi sedia ada tidak menang tangan dan sudah terlalu penat untuk menguruskan kes-kes kematian melibatkan Covid-19,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya