Sudah rujuk IPK, polis akan serah kertas siasatan Caprice, Nadir ke DPP - Utusan Malaysia

Sudah rujuk IPK, polis akan serah kertas siasatan Caprice, Nadir ke DPP

NADIR AL-NURI (kiri) dan CAPRICE
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kertas siasatan membabitkan penyanyi rap, Ariz Ramli atau Caprice dan Ketua Pegawai Eksekutif Cinta Gaza Malaysia (CGM), Muhammad Nadir Al-Nuri Kamaruzaman berhubung laporan polis yang dibuat pendakwah terkenal, Ebit Lew telah dirujuk ke Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur.

Memberitahu Utusan Malaysia, Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Superintenden Ashari Abu Samah berkata, sebaik sahaja kertas siasatan disemak dan dikemas kini, ia akan diserahkan kepada pejabat Timbalan Pendakwa Raya untuk tindakan selanjutnya.

Kata beliau, kesemua yang terlibat telah selesai diambil keterangan.

“Kertas siasatan sudah dirujuk ke IPK. Selepas itu baru hantar ke DPP,” katanya ringkas.

Pada 2 September lalu, polis mengambil keterangan Muhammad Nadir dan Caprice berhubung isu misi kemanusiaan di Semenanjung Gaza, Palestin pada Julai lalu.

Kedua-dua individu itu selesai diambil keterangan menerusi emel.

Kes itu disiasat mengikut Seksyen 500 serta 504 Kanun Keseksaan, selain Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Pada 22 Julai lalu, pendakwah, Ebit Lew dilaporkan hadir ke Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Wangsa Maju untuk dirakam percakapan berkaitan isu terbabit.

Sebelum ini, pendakwah terkenal itu dipetik menafikan dakwaan Muhammad Nadir yang pihaknya membayar ratusan ribu dolar kepada syarikat Hala untuk memasuki Gaza.

Ebit turut menyifatkan dakwaan itu sebagai fitnah melampau. – UTUSAN ONLINE 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN