[PARLIMEN] Strategi baharu saringan Covid-19 negara sedang dirangka - KJ - Utusan Malaysia

[PARLIMEN] Strategi baharu saringan Covid-19 negara sedang dirangka – KJ

Strategi baharu perlu dirangka selepas proses ujian saringan didapati ditangani dengan berbeza oleh pelbagai pihak. - GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Strategi baharu saringan Covid-19 peringkat nasional sedang dirangka bagi memastikan segala pelaksanaan mengenai ujian saringan dapat diselaraskan di semua peringkat.

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata, strategi itu perlu dirangka selepas mendapati proses ujian saringan ditangani dengan berbeza oleh pelbagai pihak.

“Kita sedang siapkan national testing strategy, supaya jelas di peringkat mana kita anggap bahawa kawasan itu boleh beralih ke fasa mitigasi, dalam keadaan apa ia masih lagi dalam keadaan late containment, sama ada bergejala atau tidak. Ini saya rasa tidak jelas sebelum ini, sebab itu di lapangan ada pelbagai interpretasi tentang ujian saringan.

“Sebab itu, saya minta supaya satu strategi yang jelas dapat dilaksanakan dalam keadaan tertentu tapi kita kena perkasakan jabatan kesihatan negeri untuk mengenal pasti berdasarkan kepada trend penularan kes. Sama ada mitigasi atau late containment dengan mengambil kira aset sedia ada. Kalau tak cukup aset, buat apa kita buat ujian saringan tidak bergejala (asymptomatic), dah tak cukup tangan sebab kita kena beralih kepada fasa mitigasi,” katanya ketika sesi penggulungan Titah Diraja di Dewan Rakyat hari ini.

Khairy juga mengakui situasi sedia ada memberi gambaran berbeza berkenaan dengan kadar pesakit positif Covid-19.

“Sebab ada yang buat ujian bergejala dan tidak bergejala, jadi kita kena jelas berkenaan dengan strategi ujian saringan,” katanya.

Dalam pada itu, beliau menyifatkan pendedahan Kelvin Yii (PH-Bandar Kuching) terhadap individu yang tidak melaporkan status negatif Covid-19 menjadi satu masalah yang besar.

“Ini masalah agak serius, kita dapati mereka yang melaporkan keputusan dari kit ujian kendiri, kebanyakan yang melaporkannya adalah kes positif tetapi yang negatif ramai tak lapor sebab itu denominator kita ada masalah.

“Sekarang kalau ambil denominator, kita dah campur jumlah saringan RT-PCR, RTK Antigen dari makmal profesional dan RTK Antigen kendiri, kalau campur semua pada 21 September di peringkat kebangsaan, kadar kes positif adalah 9.95 peratus tetapi kita tak tahu denominator yang sebenar, kita tak tahu berapa ramai yang telah melaksanakan ujian kendiri.

“Sebab itu, saya bersetuju dengan pandangan Bandar Kuching supaya kita bagi rebat kepada mereka yang melaporkan ujian mereka, mungkin ia satu-satunya cara untuk melaksanakan pelaporan kendiri yang lebih tinggi lagi,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya