SOP aktiviti sukan dilonggar bagi negeri Fasa 1 - Utusan Malaysia

SOP aktiviti sukan dilonggar bagi negeri Fasa 1

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, Jawatankuasa Khas Pengurusan Pandemik Covid-19 bersetuju melonggarkan prosedur operasi standard (SOP) bagi aktiviti sukan, riadah dan rekreasi, untuk negeri-negeri yang berada di bawah Fasa 1 bermula Jumaat ini.

Perdana Menteri berkata, antara ketetapan yang diputuskan adalah membenarkan aktiviti sukan indoor, kecuali gimnasium kepada individu yang lengkap dua dos vaksin.

Bagi Fasiliti sukan dan rekreasi komersil tertutup (indoor), Perdana Menteri berkata, ia dibenarkan beroperasi dengan kawal selia, hanya kepada pelanggan yang lengkap divaksin, manakala penggunaan fasiliti perlu dilakukan secara janji temu di samping pematuhan SOP.

Jelas Perdana Menteri, bagi sektor perdagangan dan pengedaran; perniagaan kedai bunga/nursery, kedai peralatan outdoor dan galeri perumahan akan mula dibenarkan beroperasi mulai tarikh sama bagi negeri-negeri yang berada di bawah Fasa 1.

“Sementara itu bagi negeri yang diletakkan di bawah Fasa 2 dan Fasa 3, kelonggaran tambahan bagi aktiviti kedai gunting, hair dresser, dan salon kecantikan dibenarkan. Keterangan prosedur operasi standard (SOP) terkini akan dikemas kini oleh MKN dan kementerian berkaitan,” katanya dalam kenyataan hari ini. – UTUSAN ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.