Soalan dari PDRM: Tiada maklum balas dari Caprice, Nadir - Utusan Malaysia

Soalan dari PDRM: Tiada maklum balas dari Caprice, Nadir

NADIR AL-NURI (kiri) dan CAPRICE
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Polis Diraja Malaysia (PDRM) masih menunggu maklum balas daripada penyanyi rap, Ariz Ramli atau Caprice dan Ketua Pegawai Eksekutif Cinta Gaza Malaysia (CGM), Muhammad Nadir Al-Nuri Kamaruzaman berhubung soalan-soalan yang diberikan kepada mereka.

Memberitahu Utusan Malaysia, Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Superintenden Ashari Abu Samah berkata, pihaknya sudah menghantar beberapa soalan menerusi e-mel kepada mereka namun setakat ini masih belum mendapat maklum balas.

“Mereka kata minggu ini, kami masih menunggu untuk melengkapkan siasatan.

“kalau diikutkan hari ini dia (Caprice) mahu e-mel. Saya perlu semak dengan pegawai penyiasat sekiranya dia telah e-mel atau tidak,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Terdahulu, kedua-duanya yang sudah dihubungi polis bersetuju untuk dirakam keterangan dan akan memberi kerjasama.

Pada 22 Julai lalu, Ebit Lew dilaporkan hadir ke Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Wangsa Maju untuk dirakam percakapan berkaitan kes berkenaan.

Sebelum ini, pendakwah terkenal itu menafikan dakwaan Muhammad Nadir yang pihaknya membayar ratusan ribu dolar kepada syarikat Hala untuk memasuki Gaza menyifatkan dakwaan itu sebagai fitnah melampau.

Sementara itu, Caprice pula mencetuskan kontroversi apabila mendedahkan tegurannya kepada Ebit Lew susulan rungutan yang didakwa diterima daripada penduduk Gaza mengenai cara pendakwah itu menghulurkan bantuan termasuk perkongsian yang dibuat melalui media sosial.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya