Sistem Saraan Malaysia tidak dikaji hampir 20 tahun - Cuepacs

Sistem Saraan Malaysia tidak dikaji hampir 20 tahun – Cuepacs

ADNAN Mat (tiga dari kiri) menyampaikan sijil penghargaan kepada wakil penyelaras PPV UiTM Melaka, Chin Mei Yen (dua dari kanan) di UiTM Lendu, Alor Gajah, Melaka. - FOTO/MUHAMMAD SHAHIZAM TAZALI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ALOR GAJAH: Kongres Kesatuan Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (Ceupacs) berharap kerajaan menyediakan peruntukan dalam Belanjawan 2022 bagi mewujudkan Sistem Saraan Malaysia (SSM) yang baharu.

Presidennya, Adnan Mat berkata, perkara itu wajar dimasukkan dalam peruntukan belanjawan memandangkan saraan sedia ada dalam perkhidmatan awam menggunakan sistem yang telah digubal pada November 2002 dan tidak pernah dikaji atau ditambah baik sehingga hari ini.

Jelas beliau, pelaksanaan sistem saraan baharu perlu dilakukan bagi memastikan ia relevan dengan persekitaran ekonomi semasa dan bukannya menggunakan dapatan daripada sistem yang diwujudkan 19 tahun lalu.

“Perkara ini perlu dimasukkan dalam peruntukan Belanjawan 2022 bagi memastikan usaha untuk memperbaharui sistem saraan baharu bagi penjawat awam dapat dilaksanakan.

“Selain itu, pemberian peruntukan khusus bagi mewujudkan sistem saraan baharu mencerminkan bahawa kerajaan serius mahu mereformasi sistem penyampaian perkhidmatan awam daripada segala aspek termasuk melibatkan hal-hal kebajikan penjawat awam,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas melawat Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Universiti Teknologi Mara (UiTM) Lendu, di sini hari ini.

Belanjawan 2022 dijadualkan dibentang di Dewan Rakyat pada 29 Oktober depan.

Sementara itu, mengenai rundingan dengan kerajaan, Adnan berkata, sehingga kini tiada keputusan terbaik dapat dicapai meskipun telah banyak perbincangan dilakukan.

Katanya, peruntukan khas yang dimasukkan dalam Belanjawan 2022 akan memberi sinar kepada penjawat awam untuk menikmati sistem saraan yang lebih baik. 

“Antara perkara yang perlu diberi perhatian dalam sistem saraan baharu yang bakal diwujudkan kelak adalah skim gaji yang melangkaui pendapatan garis kemiskinan negara.

“Kenaikan gaji tahunan yang lebih bersesuaian juga perlu mengikut peningkatan kos sara hidup semasa,” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya