Seorang individu dihalang ke Langkawi, belum cukup tempoh matang vaksin - Utusan Malaysia

Seorang individu dihalang ke Langkawi, belum cukup tempoh matang vaksin

PENUMPANG feri dari Kuala Kedah ke Langkawi perlu mematuhi SOP yang ditetapkan termasuk cukup tempoh matang vaksinasi. - UTUSAN/SHAHIR NOORDIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ALOR SETAR: Seorang individu dihalang memasuki Terminal Jeti Kuala Kedah bagi menaiki feri ke Pulau Langkawi kerana suntikan dos vaksin Covid-19 belum capai tempoh matang 14 hari, hari ini.

Ketua Polis Kedah, Datuk Kamarul Zaman Mamat berkata, ketika pemeriksaan dokumen penumpang di pintu masuk terminal mendapati individu tersebut belum capai tempoh matang vaksinasi.

“Individu tersebut dihalang memasuki terminal bagi tujuan ke Langkawi kerana tidak mengikuti prosuder operasi standard (SOP) ditetapkan iaitu lengkap vaksinasi,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Terminal Jeti Kuala Kedah beroperasi semula hari ini selepas ditutup bermula dari 6 September hingga 19 September lalu berikutan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan di Kuala Kedah.

Menurut beliau, secara keseluruhan, pengurusan perkhidmatan feri ke Langkawi  hari inj berjalan dengan lancar dan terkawal mengikut SOP ditetapkan. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya