Putrajaya: Kementerian Kesihatan (KKM) memutuskan tempoh sela masa bagi dos kedua vaksin jenis AstraZeneca dipendekkan kepada enam minggu berbanding sembilan minggu sebelum ini.
Menterinya Khairy Jamaluddin berkata, ketetapan terbaharu mengenai agihan dos kedua vaksin itu bermula 1 Oktober ini.
Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar di KKM, di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE