Sektor pembinaan rugi RM42 bilion - Menteri Kerja Raya

[Parlimen]: Sektor pembinaan rugi RM42 bilion

FADILLAH YUSOF
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Sepanjang tempoh pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bermula daripada 18 Mac 2020 sehingga kini, industri pembinaan dianggarkan mengalami kerugian sebanyak RM42 bilion.

Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Fadillah Yusof berkata, daripada jumlah itu, RM18 bilion adalah anggaran kerugian dalam tempoh PKP 3.0 yang bermula pada 1 Jun 2021.

“Sehingga September 2021, sementara bakinya RM24 bilion merupakan kerugian daripada pelaksanaan PKP 1.0 pada 2020 yang menjejaskan pelaksanaan kerja pembinaan daripada Mac hingga Julai 2020,” katanya ketika sesi pertanyaan menteri di Dewan Rakyat hari ini.

Bagaimanapun, beliau berkata, sektor pembinaan mencatatkan kadar pertumbuhan positif iaitu sebanyak 40.3 peratus pada suku kedua 2021, menunjukkan pemulihan daripada kesan pandemik Covid-19 dan pelaksanaan PKP.

Ini setelah sektor tersebut mencatatkan penurunan kadar pertumbuhan sebanyak 19.4 peratus pada tahun 2020 dan penurunan kadar 10.4 peratus pada suku pertama 2021.

Beliau menjawab soalan Datuk Ahmad Nazlan Idris (BN-Jerantut) mengenai kesan pandemik Covid-19 terhadap sektor pembinaan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.