Segera mansuhkan Seksyen 309 Kanun Keseksaan

Segera mansuh Seksyen 309

WAN AZIZAH WAN ISMAIL
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kerajaan digesa untuk segera memansuhkan Seksyen 309 Kanun Keseksaan kerana individu yang terlibat dengan percubaan bunuh diri tidak sepatutnya dikategorikan atau diperlaku seperti penjenayah.

Dalam perbahasan Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12), Ahli Parlimen Pandan, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail berkata, jumlah kes bunuh diri setakat Julai tahun ini membimbangkan.

“Ramai yang kemurungan dan resah hingga menyebabkan mereka tidak mahu meneruskan hidup dan mengambil jalan pintas dengan menamatkan riwayat hidup mereka.

“Jumlah kes bunuh diri dari Januari hingga Julai telah melebihi statistik keseluruhan jumlah bunuh diri tahun 2020. Banyak tragedi yang telah berlaku menyayat hati kita. Apakah perancangan atau tumpuan kita bagi menangani peningkatan masalah kesihatan mental dalam negara terutama impak daripada pandemik?

“Saya ulangi dan kini mendesak jika kita boleh percepatkan pemansuhan Seksyen 309 Kanun Keseksaan supaya percubaaan bunuh diri tidak dikira sebagai jenayah,” katanya di Dewan Rakyat hari ini.

Wan Azizah menjelaskan bahawa berlaku peningkatan kes bunuh diri dalam negara ini pada tahun 2021 berikutan negara yang dilanda pandemik Covid-19 sejak dua tahun lalu.

“Kita sedang melalui satu kemelut dengan pandemik Covid-19 yang telah mengakibatkan ramai anak menjadi yatim piatu. Pandemik ini juga telah meninggalkan kesan buruk kepada rakyat kita dari segi mental dan fizikal.

“Ramai yang hilang punca pendapatan, hilangan pekerjaan dan tidak dapat meneruskan perniagaan. Banyak wanita dan kanak-kanak juga terpaksa mengharungi keganasan rumah tangga,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN