Satu-satunya berita baik adalah lantik KJ Menteri Kesihatan - Kit Siang

Satu-satunya berita baik adalah lantik KJ sebagai Menteri Kesihatan – Kit Siang

LIM KIT SIANG
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Di sebalik pembentukan Kabinet pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang didakwa sebagai ‘kitar semula’, satu-satunya berita yang menggembirakan adalah dengan melantik Khairy Jamaluddin sebagai Menteri Kesihatan yang baharu. 

Penasihat DAP, Lim Kit Siang berkata, seluruh rakyat negara ini termasuk dirinya sendiri mengharapkan Khairy berjaya dalam mengemudi perang melawan pandemik Covid-19. 

“Biar saya berlaku jujur, satu-satunya berita baik dalam peristiwa pembentukan Kabinet Perdana Menteri adalah pelantikan Khairy Jamaluddin sebagai Menteri Kesihatan. 

“Saya tidak segan untuk mengakui bahawa saya adalah seorang daripadanya yang mahu dan mengharapkan Khairy berjaya dalam mengemudi perang melawan Covid-19 yang mengancam negara. 

“Bagaimanapun, saya akan terus melontarkan pandangan dan kritikan terhadap beliau dalam usahanya memerangi Covid-19, bukan kerana saya mahu beliau tersungkur gagal tetapi sebaliknya melihat beliau berjaya,” katanya dalam satu kenyataan hari ini. 

Mengulas lanjut, kata Ahli Parlimen Iskandar Puteri itu, DAP akan memberikan kerjasama sepenuhnya bagi memastikan negara menang dalam melawan pandemik Covid-19 namun tidak bermakna parti itu tidak akan mengkritik jika terdapat kesalahan dilakukan kerajaan. 

“DAP adalah parti anak Malaysia yang patriotik dan sentiasa bersedia untuk mencurahkan taat setia, cinta dan dedikasi kepada semua rakyat Malaysia tanpa mengira kaum, agama, kawasan atau politik,” katanya. 

Pada 27 Ogos lalu, majoriti barisan Kabinet baharu Ismail Sabri dalam kalangan menteri dan timbalan Menteri kekal atau berubah portfolio.

Antara yang mencuri perhatian adalah Menteri Kesihatan dan Menteri Sains Teknologi dan Inovasi bertukar kedudukan yang sebelum ini disandang Datuk Seri Adham Baba dan Khairy.

Bagaimanapun, ramai pihak termasuk Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mendakwa pengumuman Kabinet berkenaan merupakan kitar semula apabila nama-nama yang masih berada dalam Kabinet  gagal menggalas tugas sebagai menteri dan timbalan menteri. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.