‘Sampai bila nak beroperasi dengan 50 peratus kapasiti?’

Sampai bila nak beroperasi dengan 50 peratus kapasiti? – Pengusaha bas ekspres

CHE Ibrahim Che Ismail (duduk) bersama wakil pengusaha bas dalam sidang akbar di Hentian Gua Musang, Kelantan, hari ini. - FOTO/AIMUNI TUAN LAH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GUA MUSANG: Kebenaran beroperasi dengan 50 peratus kapasiti penumpang tidak membantu pengusaha bas ekspres bangkit semula, selepas rugi hingga mencecah jutaan ringgit sepanjang musim pandemik ini.

Kira-kira 200 syarikat pengusaha bas ekspres di seluruh negara sebaliknya mendakwa, mereka semakin tenat hingga ada yang gulung tikar akibat syarat ketat dikenakan yang berlarutan sejak setahun lalu.

Mewakili mereka, Pengerusi Pertubuhan Pengusaha Bas Bumiputera Malaysia, Che Ibrahim Che Ismail merayu kerajaan di bawah Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob membenarkan mereka membawa penumpang lengkap divaksin dengan kapasiti penuh.

“Pihak restoran sudah dibenarkan menerima pelanggan untuk dine-in dengan syarat lengkap divaksin dua dos, tetapi pengusaha bas ekspres masih tidak dibenarkan mengambil penumpang ikut kapasiti asal.

“Diharap kerajaan mempertimbangkan sehalusnya nasib kami. Sampai bila nak beroperasi dengan 50 peratus kapasiti sedangkan kami berada dalam kesusahan,” katanya dalam sidang akhbar hari ini.

Terdahulu, Che Ibrahim mengadakan pertemuan dan mesyuarat secara dalam talian bersama wakil-wakil pengusaha bas di Hentian Gua Musang, di sini.

Menurut Che Ibrahim, turut dirayu mereka ialah supaya kerajaan memberi bantuan kewangan sekali bayar atau one off kepada golongan pemandu bas ekspres terjejas teruk akibat kekangan prosedur operasi standard (SOP).

Katanya, sebagaimana kelompok rakyat lain yang menerima pelbagai bentuk bantuan, kerajaan perlu adil dan turut membantu golongan pemandu bas ekspres kerana ramai yang hilang sumber pendapatan apabila bilangan ‘trip’ dikurangkan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN