Sajat sah miliki kad UNHCR - Utusan Malaysia

Sajat sah miliki kad UNHCR

ABD. Jalil hassan menunjukan kad UNHCR yang diperoleh Sajat di Thailand.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GOMBAK: Polis mengesahkan usahawan kosmetik, Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman atau lebih dikenali Nur Sajat yang ditahan di Thailand, memiliki kad pelarian Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Bagi Pelarian (UNHCR).

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Abd. Jalil Hassan berkata,  pihak Imigresen negara ini sudah membatalkan pemilikan pasport antarabangsa Nur Sajat.

Kata beliau, disebabkan itu Nur Sajat telah memohon kad UNHCR di negara berkenaan.

“Dalam proses permohonan itu akhirnya dia mendapat status pelarian terbabit.

“Dia (Nur Sajat) kini sedang menunggu tawaran pihak negara ketiga bagi membantunya berpindah ke negara terbabit.

“Nur Sajat juga menukar nama samarannya kepada Bella namun dirinya tetap orang yang sama,” katanya dalam sidang akhbar di Ibu pejabat Polis Daerah Gombak, dekat sini.

Abd. Jalil berkata, kes Nur Sajat kecil sahaja membabitkan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) dan polis iaitu menghalang penjawat awam, sebab itu dia dinasihatkan pulang.

“Polis akan meneruskan proses membawa pulang sajat kerana Malaysia dan Thailand terikat dengan triti yang membolehkan proses untuk membawa pulang orang yang dikehendaki atau penjenayah buruan dilaksanakan.

“Permohonan ini akan dibuat dalam tempoh masa terdekat namun bergantung kepada negara berkenaan sama ada akan memenuhi permintaan kita atau tidak,” jelasnya.

Abd. Jalil berharap  keluarga Nur Sajat  dapat membantu menasihatkannya supaya pulang ke tanah air bagi menghadapi pertuduhan di mahkamah syariah yang tidak seberat mana.

“Kita yakin keluarga boleh bantu menasihatkannya untuk pulang ke negara ini,” katanya. – UTUSAN ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya