Rugi setengah juta ditipu Tengku dalam Grindr - Shafien

Rugi setengah juta ditipu Tengku dalam Grindr

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Seorang peniaga mendakwa kerugian RM571,000, selepas menjadi mangsa penipuan Love Scam seorang kekasih maya bernama ‘Tengku’ yang dikenalinya menerusi aplikasi sosial Grindr sejak Mei lalu.

Mangsa yang merupakan seorang lelaki tempatan berusia 20-an tampil membuat laporan polis pada 14 September lalu.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Shafien Mamat berkata, selepas berkenalan Tengku terbabit yang mendakwa dirinya kerabat diraja meminta mangsa membuktikan kesetiaan dan rasa cinta dengan menyerahkan barang kemas milik ibunya.

Terpedaya dengan janji suspek kononnya akan memulangkan kembali barang kemas tersebut, mangsa menghantarnya sebanyak dua kali pada 31 Mei menggunakan teksi dan pada 2 Jun menggunakan GrabCar kepada seorang pembantu peribadi Tengku di Kota Bharu.

“Dalam tempoh perkenalan itu mangsa turut membuat beberapa pindahan wang berjumlah RM201,000 ke dalam dua akaun bank milik individu ketiga atas alasan sama iaitu bukti kesetiaan dan kasih sayang, selain dijanjikan sebuah kenderaan trak pikap oleh suspek.

“Mangsa kemudian telah membuat laporan polis kerana berasa tertipu apabila Tengku tidak datang berjumpa seperti dijanjikan dan tidak memulangkan barang kemas ibunya yang dianggarkan bernilai RM370,000,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Tambah Shafien, mangsa juga mendakwa dia dipaksa untuk terus menyerahkan wang kepada Tengku kerana suspek mengugut akan menyebarkan video bogel mangsa jika dia gagal berbuat demikian.

Kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu dan jika sabit kesalahan, pelaku boleh dipenjara tidak kurang setahun dan tidak lebih 10 tahun, dan dengan sebatan serta denda. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya