Rempuh 6 kenderaan: Pemandu lori direman empat hari - Utusan Malaysia

Rempuh 6 kenderaan: Pemandu lori direman empat hari

SARIFUDIN MOHD. SALLEH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA:  Lelaki yang memandu lori dalam pengaruh dadah menyebabkan seorang cedera dalam kemalangan membabitkan enam kenderaan di persimpangan lampu isyarat Jalan Ipoh, dekat Sentul di sini, semalam, ditahan reman empat hari bagi membantu siasatan polis.

Bercakap kepada Utusan Malaysia, Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Sarifudin Mohd. Salleh berkata, perintah tahan reman itu diperoleh bermula hari ini.

“Lelaki berusia 25 tahun itu direman empat hari bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 44 (1A) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya di sini hari ini.

Semalam, seorang lelaki berusia 45 tahun cedera selepas kereta Perodua Myvi dinaikinya dirempuh lori berkenaan.

KEADAAN kemalangan melibatkan sebuah lori dipandu lelaki positif dadah dengan lima buah lagi kendederaan di persimpangan lampu isyarat Jalan Ipoh, dekat Sentul, Kuala Lumpur.

Dalam kejadian kira-kira pukul 2.40 petang itu, terdapat empat lagi kenderaan terlibat kenderaan jenis Myvi serta masing-masing sebuah Proton X70, Honda HRV, Peugeot 208 FL. 

Hasil dari ujian awal alkohol mendapati pemandu tidak dalam pengaruh alkohol dan seterusnya dibawa ke Ibu pejabat Polis Dang Wangi untuk ujian saringan air kencing yang mendapati dia positif dadah jenis Methamphetamine dan Amphetamin. 

Sebelum itu, tular dalam laman sosial sebuah lori melanggar beberapa kenderaan.

Video tular berkenaan diambil berdasarkan rakaman kamera perakam video (dashcam).

Rakaman berdurasi 46 saat itu memaparkan sebuah lori tanpa muatan dari arah belakang merempuh kira-kira tujuh kenderaan berada di hadapan yang sedang berhenti di lampu isyarat merah. – UTUSAN ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN