Rakyat Malaysia ditahan di Somalia disyaki terlibat kumpulan Al-Shabaab  - Utusan Malaysia

Rakyat Malaysia ditahan di Somalia disyaki terlibat kumpulan Al-Shabaab 

SAIFUDDIN Abdullah (tengah) membuat agihan 'mooncake' secara pandu lalu kepada masyarakat setempat di Pusat Khidmat Indera Mahkota, di Kuantan, Pahang. - UTUSAN/SHAIKH AHMAD RAZIF
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUANTAN: Kementerian Luar dimaklumkan terdapat seorang rakyat Malaysia kini ditahan di Somalia dan dipercayai berdepan proses perudangan di negara itu.

Menterinya, Datuk Saifuddin Abdullah berkata, Wisma Putera difahamkan, penahanan lelaki itu baru-baru ini kerana disyaki terlibat dengan kumpulan militan Al-Shabaab.

Menurutnya, pegawai dari Kedutaan Malaysia di Khartoum, Sudan telah berhubung bagi mendapatkan maklumat lengkap sekali gus melakukan lawatan konsular ke atasnya.

“Duta kita telah melawatnya bagi memastikan kesihatan tahanan berada dalam keadaan baik dan kebajikannya terpelihara.

“Malah, pihak kita menerusi kedutaan akan memantau perkembangan kes ini dan menghulurkan bantuan konsular kepadanya.

“Kita juga akan memastikan supaya dia dibicarakan secara adil berlandaskan perudangan yang sewajarnya,” katanya dalam sidang akhbar selepas program pengagihan ‘Mooncake’ kepada masyarakat setempat di Pusat Khidmat Indera Mahkota, dekat sini, hari ini.

Dalam pada itu, Saifuddin berkata, pihak keluarga lelaki itu yang menetap di negara ini sudah dimaklumkan berhubung penahanannya.

“Wisma Putra yang mengikuti rapat perkembangan lelaki berkenaa telah memaklumkan perkara tersebut dan memberitahu keadaan penahanan, situasi serta perkembangan terkini,” katanya.

Katanya lagi, setakat ini negara berkenaan masih membenarkan wakil kedutaan negara untuk membuat lawatan konsular.

“Sekiranya dia didakwa, kita akan menghormati undang-undang negara tersebut tetapi kita juga akan memastikannya diberikan hak dan mendapat pengadilan yang seadilnya.

“Kita akan meminta wakil dari Malaysia di sana untuk turut hadir ketika perbicaraan bagi mengikuti dan mengetahui perkembangan semasa,” katanya. – UTUSAN ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.