Pulang juara carta RIM 146 minggu, Insomniacks catat kejayaan - Utusan Malaysia

Pulang juara carta RIM 146 minggu, Insomniacks catat kejayaan

Single Pulang menerima jumlah tontonan tinggi di Youtube iaitu sebanyak 25 juta.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Band terkenal, Insomniacks mencatat kejayaan tersendiri apabila single Pulang dipopularkan mereka menjadi juara carta RIM selama 146 minggu.

Vokalisnya, Iskandar berkata, kumpulan itu gembira kerana lagu ini cukup istimewa buat mereka.

“Sejujurnya, lagu ini adalah lagu yang kami cukup banggakan. Sewaktu menulis lagu ini kami sudah berasa ia sangat istimewa,” katanya.

Lagu pulang yang dilancarkan dua tahun lalu juga merekodkan sejarah tersendiri apabila video muziknya menerima jumlah tontonan menggunung di Youtube iaitu sebanyak 25 juta.

Kata Iskandar, dia dan anggota yang lain bersyukur apabila lagu itu diterima baik pendengar memandangkan Pulang dianggap single yang bermakna bagi setiap mereka.

“Apabila ia diterima baik, memang sangat gembira. Sampai sekarang pun ramai cakap suka lagu ini.

“Malah, kalau kami bawakan lagu ini ramai turut menyanyi bersama. Terima kasih kepada semua yang sudah dan terus menyokong kami. Tanpa sokongan semua pihak, kami takkan berada pada tahap ini,” katanya lagi. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya