Polis siasat kes wanita warga asing didakwa disamun, dirogol 

Polis siasat kes wanita warga asing didakwa disamun, dirogol 

SOFFIAN SANTONG
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GEORGETOWN: Polis masih menjalankan siasatan mengenai kes seorang wanita warga asing yang mendakwa dirinya dirogol dan disamun ketika sedang berjalan kaki di kawasan Tanjung Tokong, di sini Ahad lalu.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Soffian Santong berkata, setakat ini menerusi laporan awal daripada doktor di Hospital Pulau Pinang (HPP) mendapati tidak ada kesan koyakan baharu pada kemaluan wanita berusia 24 tahun itu.

“Pihak polis masih menunggu laporan lengkap pakar perubatan berhubung perkara tersebut. Polis juga masih mengesan suspek yang terlibat dan kami memohon kerjasama orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung insiden tersebut agar menyalurkan kepada polis,” katanya dalam sidang akhbar di Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Timur Laut, di sini hari ini.

Sebelum ini, gambar seorang seorang wanita mendakwa dirogol dan dipukul ketika berjalan kaki di kawasan Tanjung Tokong tular dalam media sosial dan menimbulkan kegusaran orang ramai mengenai keadaan keselamatan di kawasan tersebut.

Menurut Soffian, menerusi siasatan awal yang dijalankan, mangsa mendakwa dia sedang berjalan kaki seorang diri di kawasan tersebut pada pukul 7.30 malam.

“Kemudian mangsa mendakwa bahagian belakang kepalanya dipukul dan menyebabkan dia terjatuh serta pengsan dan ketika mangsa tersedar dia berada di kawasan semak. Dia mendapati telefon bimbitnya hilang manakala bahagian kepala sakit dan mukanya turut cedera dipercayai akibat terjatuh selepas dipukul,” katanya.

Tambahnya, wanita itu mendakwa dia kemungkinan turut dirogol dalam kejadian itu dan mangsa dibawa ke HPP untuk menerima rawatan.

“Mangsa membuat laporan polis berhubung insiden tersebut pada 4.30 pagi Isnin. Kawasan berkenaan juga tidak mempunyai kamera litar tertutup dan kita sedang mendapatkan maklumat lanjut daripada saksi yang berada di situ bagi membantu siasatan lanjut kes itu,” katanya.

Beliau berkata, pada masa ini kes itu disiasat mengikut Seksyen 394 Kanun Keseksaan iaitu samun dengan mendatangkan cedera. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya