Pesakit Covid-19 boleh ke CAC secara walk in atau maya - Utusan Malaysia

Pesakit Covid-19 boleh ke CAC secara walk in atau maya

KES penularan Covid-19 semakin berkurangan, malah langkah kerajaan melaksanakan CAC secara maya boleh digunakan pesakit Covid-19 sebagai kemudahan untuk mereka yang bergejala ringan. - GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Pesakit Covid-19 tidak perlu lagi menunggu janji temu dari Pusat Kesihatan Daerah (PKD) untuk membuat penilaian di Pusat Penilaian Covid-19 (CAC), sebaliknya mereka boleh pergi secara terus (walk-in) ke CAC berdekatan sekiranya didapati positif.

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin berkata, ia berikutan kes penularan Covid-19 semakin berkurangan, malah langkah kerajaan melaksanakan CAC secara maya boleh digunakan pesakit Covid-19 sebagai kemudahan untuk mereka yang bergejala ringan.

“Sebagai contoh di Selangor, kita sekarang ini tidak perlu lagi ada janji temu dan beberapa negeri telah beralih kepada CAC maya disebabkan jumlah kes yang semakin menurun. Jadi, mana-mana negeri yang boleh menerima secara ‘walk-in’ apabila jumlah kes dapat diurus tanpa kesesakan berlaku di CAC.

“CAC ini bukan pusat kuarantin ataupun rawatan, ia hanya pusat penilaian sebelum dihantar sama ada hantar ke rumah untuk isolasi di rumah untuk bergejala ringan atau hantar ke PKRC bagi pesakit yang kategorinya mungkin dua atau tiga atau, mungkin dihantar ke hospital bagi pesakit yang kategori empat dan lima.

“Kita sekarang ini sedang berusaha memastikan jumlah yang meninggal sebelum sempat ke hospital dapat dikurangkan.

“Sebab itu usaha kita memastikan pemerkasaan komuniti dapat dilaksanakan dengan lebih baik lagi supaya di satu-satu tempat, pemimpin-pemimpin masyarakat tahu berkenaan dengan kes-kes pesakit Covid yang mungkin sudah ada gejala, sudah buat ujian dan didapati positif, kemudian boleh dibawa secepat mungkin untuk penilaian,” katanya bagi menjawab soalan tambahan yang dikemukakan di Dewan Rakyat, hari ini.

Terdahulu, Datuk Fasiah Fakeh (BN-Sabak Bernam) meminta kerajaan menjelaskan tindakan kerajaan apabila ramai lagi pesakit Covid-19 yang masih tidak mendapat panggilan untuk membuat ujian penilaian di pusat CAC. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.