Pertandingan MLBB anjuran KPDNHEP raih sambutan hangat - Utusan Malaysia

Pertandingan MLBB anjuran KPDNHEP raih sambutan hangat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) sanggup menongkah arus dengan menganjurkan permainan video Mobile Legend: Bang Bang (MLBB) sebagai platform hebahan mengenai mereka.

KPDNHEP dalam satu kenyataan memberitahu, kejohanan julung itu yang sudahpun berlangsung sejak semalam hingga hari ini, mendapat sambutan hangat daripada peminat e-sukan tempatan.

“Agak mengejutkan bahawa kejohanan yang menawarkan hadiah RM 11,300 ini telah ditutup pendaftaran selepas satu hari kerana telah penuh diisi oleh 128 pasukan.

“Tujuan KPDNHEP menganjurkan kejohanan ini adalah demi menyampaikan mesej-mesej kesedaran dan juga info info penting berkaitan KPDNHEP kepada orang awam.

“Pendekatan yang digunakan oleh KPDNHEP ini wajar dipuji kerana berani keluar daripada cara tradisional untuk melakukan hebahan mengenai mereka,” katanya menerusi kenyataan itu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya