Penyata polisi pendidikan ‘jalan keluar’ dari wabak Covid-19

Penyata polisi pendidikan ‘jalan keluar’ dari wabak Covid-19- Maszlee Malik

MASZLEE Malik menunjukkan Penyata Polisi Pendididikan dan Wabak Covid-19 yang dicadangkan kepada Kementerian Pendidikan dan Kementerian Pengajian Tinggi.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Penyata Polisi Pendidikan telah dicadangkan bekas Menteri Pendidikan, Dr. Maszlee Malik sebagai ‘jalan keluar’ supaya pendidikan tidak lagi tertinggal susulan pandemik Covid-19.

Beliau berkata, penyata itu dicadangkan susulan tiada ‘master plan’ yang dibuat sama ada kerajaan di bawah pimpinan Tan Sri Muhyiddin dahulu mahupun kerajaan baharu kini.

“Saya telah mencadangkan agar kedua-dua kementerian Pendidikan dan juga Kementerian Pengajian Tinggi untuk lahir dengan satu pelan ataupun ‘master pelan’untuk keluar daripada wabak dan juga pasca wabak, tetapi selama 17 kerajaan yang lalu kita dapati tidak ada pelan. Malah di dalam Pelan Pemulihan pun pendidikan hanya disentuh dengan begitu minimal sekali.

“Jadi saya telah melakukan usaha proaktif dengan melahirkan penyata polisi saya sendiri merangka pelan, cadangan ataupun proposal kepada kedua-dua Kementerian Pendidikan dan Kementerian Pengajian Tinggi untuk melihat isu pendidikan pra-sekolah sehinggalah ke peringkat universiti,” katanya pada sidang media di Parlimen hari ini.

Tambah beliau, polisi tersebut telah diserahkan kepada Menteri Pendidikan, Dr. Radzi Jidin dan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Noraini Ahmad semalam, namun belum ada respon setakat ini.

“saya terserempak dengan YB Noraini, dia belum memberi sebarang jemputan. Dan berkenaan dengan Dr. Radzi Jidin, saya belum bertemu dengannya hari ini. dan saya tidak menerima apa-apa jemputan bukan dari dia,” ujarnya lagi.

Tambah beliau, pihaknya bersedia untuk bekerjasama dengan kerajaan untuk melahirkan satu pelan selaras dengan titah Yang di-Pertuan Agong yang telah menekankan aspek pendidikan dengan lebih serius.

“Harapan saya agar proposal ataupun cadangan ini boleh dijadikan asas untuk kedua-dua kementerian melahirkan satu master plan satu pelan pendidikan, yang lebih komprehensif. Sudah tentunya dengan sumber yang mereka ada dan juga lebih holistik bagi pihak saya. Pihak pembangkang kita dengan tangan terbuka, bersedia untuk membantu jikalau diperlukan,” ujarnya lagi.

Ringkasan Penyata Polisi Pendidikan dan Wabak Covid-19 : Solusi Buat Malaysia oleh Maszlee dengan 65 halaman terbahagi kepada dua bab iaitu bab pertama adalah mengenai pelan pemulihan sepanjang Covid-19, sementara bab kedua menyentuh 12 cadangan untuk pelan jangka masa panjang pasca Covid-19 yang boleh dilakukan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya